|
Laman Web Komuniti Perpustakaan Jalur Lebar Kg. Sg. Batu Cawangan Bandar Baharu, Kedah adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini diharap Komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek Perpustakaan Jalur Lebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. CBL (Community Broadband Library) @ PJL (Perpustakaan Jalur Lebar) ini adalah satu projek usahasama antara SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) dan Telekom Malaysia yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara komuniti di kawasan bandar dan luar bandar. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan ramai golongan celik IT di kalangan masyarakat luar bandar, maka Perpustakaan Desa Kg Sg Batu telah dipilih dan menempatkan perkhidmatan jalur lebar ini. Dengan jumlah penduduk mukim melebihi 4 000 orang, diharap segala kemudahan yang ada di Perpustakaan Jalur Lebar ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat. |
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 17 Jun 2009 )
|